Khamis, 19 Disember 2013

JENIS-JENIS IKAN LAGA

ikan laga/kareng nie ada pelbagai jenis salah satu nye...


JENIS – JENIS IKAN LAGA

CROWNTAILS
DELTAS / SUPER DELTAS
DOUBLE TAILS
HALFMOON
HALFMOON PLAKATS
VIELTAILS / LONG TAILS
WILD TYPES / IMBELLIS
IMBELLIS dan halfmoon banyak kat malaysia..nie..terutamanya plakat thailand..

CARA PENJAGAAN IKAN LAGA

1. PENYEDIAAN BEKAS/BALANG/AQUARIUM IKAN LAGA. Cari tempat tinggal yang sesuai untuk ikan laga anda. Di kehidupan liar, ikan laga tinggal dalam sawah padi yang cetek dan luas. 

             
  • Saiz bekas/balang/aquarium yang sesuai untuk bakal ikan laga sekurang-kurangnya yang bersaiz 2 biji bata. Jika boleh, bekas lebih besar dan luas juga sesuai untuk ikan laga anda. Ini supaya ikan anda boleh berenang bebas kerana di kehidupan liar ikan laga tinggal di sawah padi yang cetek dan luas. Gambar dibawah antara bekas yang sesuai untuk ikan laga anda selain dari aquarium yang besar.
  • Tambah peralatan akuarium jika perlu seperti 'air pump' ataupun penapis. Jgn pilih penapis yang terlalu kuat hal ini kerana akan mengganggu/mengehadkan pergerakan ikan anda.
  • Jika ingin menambah barang-barang perhiasan seperti kayu,pokok palsu pastikan barang-barang tersebut cukup-cukup bersih kerana barang2 perhiasan yang kotor seperti kayu yang masih baru mengandungi bacteria/alga/kulat yang boleh membunuh ikan laga.
  • Pokok air yang hidup memang bagus untuk ikan anda. Ianya lebih cantik dari pokok palsu, dan ikan laga suka bermain,bersembunyi dan tidur di pokok air tersebut. Pokok hidup juga membantu mengoksigenkan air selain memastikan air bersih untuk tempoh yang lama.
2. PENYEDIAAN AIR. Air yang sesuai ikan laga adalah air yang bebas klorin. Air tapis dan air masak sesuai untuk ikan anda kerana air ini tidak mengandungi klorin. Jika anda menggunakan air paip biarkan air tersebut selama 3-5 hari sebelum digunakan untuk ikan laga anda jika ingin segera anda boleh menambahkan sedikit beberapa titis ubat anti-klorin yang boleh didapati dimana-mana kedai ikan peliharaan. Air yang sudah dirawat juga alternatif yang baik untuk ikan laga anda. Air mempunyai pengaruh besar kerana air yang kotor/berklorin boleh mendatangkan banyak penyakit kepada ikan laga anda kerana air-air ini mengandungi bacteria yang tidak sihat untuk ikan anda. Jika bekas/akuarium/balang ikan laga anda tiada penutup pastikan air tidak terlalu penuh. Ikan laga sangat aktif dan boleh melompat keluar dari akuarium.


3. MAKANAN IKAN ANDA. Makanan berbentuk pellet sesuai untuk ikan anda. Ikan laga hanya makan makanan yang muat dengan mulut mereka. Kadang-kadang ikan laga juga cerewet dalam pemakanan. Anda boleh tukar dengan jenis/jenama lain. Makanan ikan lain seperti makanan ikan emas/koi tidak sesuai untuk ikan anda.



      
             Makanan brbentuk pelet                             Microworm
  • Jangan bagi ikan anda makan terlalu banyak kerana ikan laga akan terus makan selagi anda memberinya makan. 8-9 pelet dah memadai untuk ikan anda.
  • Makanan yang tidak dimakan elok diangkat keluar dari akuarium. Makanan lama atau yang dibiarkan boleh mengotorkan air. Makanan yang tidak dimakan elok dikeluarkan segera.
  • Makanan hidup seperti jentik,cacing kering/dried worm juga bagus untuk ikan anda kerana makanan ini lebih selamat dan bebas dari bacteria/parasit
  • Untuk anak ikan anda boleh beri makan microworm ataupun makanan ikan yang ditumbuk halus kerana anak ikan hanya makan makanan yang muat dengan mulutnya 
4. BERSIHKAN BEKAS IKAN ANDA. Bersih/cuci bekas ikan laga anda sekurang-sekurangnya sekali seminggu. Tempatkan ikan laga anda dalam air lama ketika membersihkan bekas. Bersihkan bekas ikan anda dengan air panas/suam kerana sabun boleh menjejaskan kesihatan ikan laga anda.
  • Pastikan anda tambah ubat anti-klorin jika menggunakan air biasa/paip
  • Pastikan juga air yang ditukar sama suhu dengan air lama, untuk mengelakkan perubahan suhu mengejut yang boleh membawa maut untuk ikan laga anda
5. BERMAIN DENGAN IKAN ANDA. Jgn terlalu mengetuk bekas ikan anda tetapi anda boleh bermain dengannya hanya menggerakkan jari ke seluruh bekas dan melihatnya mengikut jari anda. Jangan lupa namakan ikan anda jika perlu. Haha..

                 

Live Fast & Die Young: Life of a Betta Fish





Bettas, also commonly known as Siamese Fighting Fish, come from tropical areas in Asia. They are known to be very hardy fish. It is said that bettas are able to survive in shallow waters, even puddles. As the puddle dries out, the betta jumps out and finds a new home (this is why its important to have a vented cover on your betta tanks).
Because bettas house something known as a “labyrinth” organ, they can actually obtain oxygen directly from the air by swimming to the top of a tank to the surface of the water. Bettas, however, like normal fish, push water past their gills, where a high surface area and amount of capillaries are found for gas exchange. The technique is called countercurrent exchange, where water flows in the opposite direction of blood flow in capillaries to maximize the amount of respiration that takes place.
In the wild, males typically fight until one declares dominance over a territory (but in a small tank, there is no escape and leads to death). In captivity for breeding purposes, usually males cannot be placed in a tank until the female has changed color, indicating she has released a hormone that signals the male she is ready to mate. Males then create a bubble nest to house and protect eggs until they hatch.